Latar belakang Majlis_Clermont

Dalam tahun 1095 M, Maharaja Byzantine Alexius I Comnenus menghantar duta-duta ke Barat bagi meminta bantuan ketenteraan untuk menentang Turk Seljuk. Utusan telah diterima Paus Urban II pada Majlis Piacenza. Kemudian dalam tahun yang sama, yakni pada bulan November, Urban membuat persidangan Majlis Clermont untuk membincangakan perkara itu lebih lanjut. Dengan pemanggilan persidangan majlis, Urban menyeru para uskup dan abbot (paderi), yang diseru secara langsung, untuk membawa pembesar-pembesar di wilayah masing-masing bersama-sama.

Majlis berjalan dari 19 November hingga 28 November, dan dihadiri hampir 300 orang paderi dari seluruh pelusuk Perancis. Urban membincangkan reformasi Cluny terhadap Gereja, dan juga melakukan pengucilan[1] terhadap Philip I dari Perancis kerana perkahwinan semula raja itu dengan Bertrade dari Montfort, yang dikira penzinaan. Pada 27 November, Urban berucap buat kali pertamanya tentang masalah-masalah di Timur. Beliau mengetengahkan perjuangan Kristian Barat terhadap Muslim yang telah menduduki Tanah Suci dan yang sedang menyerang Empayar Rom Timur.

Enam sumber

Terdapat enam sumber maklumat utama tentang bahagian Majlis ini: Gesta Francorum ("Perbuatan-perbuatan Faranj" bertarikh lebih kurang 1100/1101 M) yang awanama,[2] yang mempengaruhi semua versi ucapan Urban melainkan versi yang ditulis Fulcher dari Chartres, yang hadir pada majlis tersebut—versi Robert si Rahib, yang mungkin hadir; Baldric, ketua uskup Dol; dan Guibert de Nogent, yang kesemuanya tidak hadir pada Majlis. Kesemua periwayatan ini ditulis pada masa selepas Majlis diadakan; riwayat-riwayat ini mengikut tradisi persuratan yang berlainan dan oleh sebab itu berbeza-beza antara satu sama yang lain.[3] Lebih penting daripada lima ucapan yang digubah daripada sumber-sumber terkemudian, yang sering dipengaruhi oleh sikap penulis terhadap peperangan agama, ialah sepucuk surat yang ditulis oleh Urban sendiri pada bulan Disember 1095 yang merujuk kepada Majlis Clermont.

Rujukan

WikiPedia: Majlis_Clermont //scholar.google.com/scholar?q=%22Majlis+Clermont%... //www.google.com/search?&q=%22Majlis+Clermont%22+s... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Majli... //www.google.com/search?q=%22Majlis+Clermont%22&tb... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Majlis+Cler... http://www.mag.geschichte.uni-muenchen.de/download... http://www.fordham.edu/halsall/source/urban2-5vers... http://www.fordham.edu/halsall/source/urban2-5vers... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=excommunicati... http://www.famoushistoricalevents.net/council-cler...